
Bantu Pesakit Uzur dan Dhaif Dapatkan Bantuan Peralatan Kesihatan Ramadan Ini
"Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan
,
maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat."
(HR Muslim)
Ramadan Mulia Hanya Sebulan, Jom Bersama Raih Kebaikan
Akses kepada kesihatan dan perubatan merupakan satu keperluan bagi setiap individu. Namun begitu, ia tidak dapat dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat dek kerana kekangan kewangan.
Tahukah anda, masih ramai pesakit di luar sana menderita dalam cabaran ketidakselesaan melawan penyakit salah satunya akibat tiada kemudahan peralatan kesihatan dan perubatan yang baik.
Siapa Sangka Masih Ada Pesakit Bedridden Terbaring di Lantai?
Ya. Masih ada. Ini buktinya.
"Ketika Ziarah Ihsan pesakit, saya terkejut ada pesakit terlantar yang hanya terbaring di lantai. Kita yang sihat pun tak selesa baring di lantai, apatah lagi orang sakit." - Aida (Sukarelawan)
Pesakit yang terlantar (bedridden)
memerlukan beberapa
peralatan khusus bagi membantu proses penyembuhan berlaku dengan sebaiknya.
Dengan adanya bantuan
katil pesakit, kerusi roda dan alatan bantuan kesihatan yang lain, ianya dapat
meringankan tugas penjaga pesakit menguruskan keperluan pesakit seperti mandi, makan
dan urusan solat pesakit.
Ihsan
Madani dengan usaha sama Sahabat Hospital dan Bulan Sabit Merah Muallim ingin
mengajak orang ramai untuk bersama-sama membantu pesakit yang uzur dan
dhaif ini untuk mendapatkan bantuan peralatan kesihatan melalui
Projek Sehat.
2. Pesakit uzur yang tidak berkemampuan.
3. Klinik Kesihatan.
4. Rumah Kebajikan (Rumah Anak Yatim, Rumah Orang Tua dan sebagainya).
Bentuk bantuan yang akan diberikan:
1. Alat bantu pesakit seperti katil hospital 2 fungsi, tongkat, alat oksigen, alat penyedut kahak dan lain-lain.
2. Bantuan Penghantaran ke hospital.
3. Kit Bedridden.
Oleh kerana kos konsultasi Rehab yang tinggi, pasukan sukarelawan kami akan menerangkan kaedah penggunaan peralatan yang akan digunakan oleh pesakit.
Ihsan serta sumbangan anda boleh mengubah kehidupan mereka.
Bagi setiap peralatan yang disumbangkan, pihak Ihsan Madani akan menguruskannya mengunakan sistem wakaf . Sekiranya pesakit sudah sembuh, mereka akan memulangkan semula peralatan tersebut kepada pihak Ihsan Madani agar ia dapat digunakan lagi oleh individu memerlukan yang lain.
InshaaAllah, selagi mana bantuan ini dimanfaatkan; pahalanya akan terus mengalir kepada para penyumbang.
Rasulullah SAW mengingatkan kita 3 perkara yang tidak akan putus dari anak Adam apabila telah meninggal dunia:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer /
CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun: Pertubuhan Ihsan Madani
No Akaun: 562209691997 (MAYBANK)
Sila letakkan reference “SEHAT”
PENGESAHAN: Sumbangan anda akan dimasukan ke
dalam tabung Projek Ihsanku yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan,
pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.