Bantu Taja 6 Buah Rumah Anak Yatim, Anak Asnaf dan Tahfiz Hari Ini
“Sesungguhnya di syurga terdapat ruangan-ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan solat dikala kebanyakan manusia tidur.” (HR. At Tirmidzi)
Isu-isu yang menimpa rumah-rumah jagaan anak yatim asnaf dan pelajar tahfiz bukanlah isu yang bermusim. Tekanan ekonomi semasa sangat memberi kesan dalam menguruskan anak-anak di bawah jagaan mereka.
Saban hari, permintaan kemasukan anak-anak ke rumah ini semakin meningkat pastinya bakal memberi impak kepada pengurusan kewangan pengurusan. Tapi, atas rasa tanggungjawab dan amanah, kadang-kadang bebanan kewangan itu diabaikan dahulu.
"Kadang-kadang kita rasa berat juga bila ada pemohonan baru, dana kita memang tak cukup nak tampung. Tapi ini amanah, saya risau kalau anak-anak ini diabaikan mereka tidak ada orang nak bimbing. Kita pejam mata kejap mata bab dana ni, InShaaAllah kita buat benda baik pasti Allah akan tolong" - En.Rosli
Mereka galas amanah kita!
Justeru atas dasar ihsan dan prihatin, projek AYAH telah digerakan oleh Pertubuhan Ihsan Madani bagi membantu rumah-rumah anak yatim, asnaf dan pelajar tahfiz memenuhi 3 akses keperluan utama iaitu bantuan makanan, pendidikan dan kesihatan.
6 Buah Rumah yang Akan Dibantu
Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Sg Buloh
Rumah Anak Yatim Nur Hidayah, KL
Rumah Anak Yatim Raudhatul Jannah, Olak Lempit, Banting
Rumah Anak Yatim Miskin Muhammad Al-Fateh, Bangi Lama
Rumah Anak Yatim & Asnaf Teratak Ummi, Taman Melewar, Bt Caves
Rumah Anak Yatim Sinar Kasih Darul Aitam
Anggaran Perbelanjaan Keperluan Rumah Anak Yatim:
1 Rumah = RM10,000 / bulan
RM10,000 X 6 = RM60,000 / bulan
RM60,000 x 12 Bulan = RM720,000
Justeru, kami di Pertubuhan Ihsan Madani ingin mengajak tuan puan yang dermawan untuk sama-sama kita merealisasikan usaha murni ini. Mudah-mudahan berkat usaha ini dapat menjadi bekalan juga saham kita di akhirat kelak...Amin ya Rab
“Sedekah itu tidaklah akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.” (HR Muslim : No 4689)
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsan Madani
No akaun : 562209691997 (MAYBANK)
Sila letakkan reference “AYAH”
PENGESAHAN: Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung Projek Madani yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.
Nombor Pelepasan Cukai* (Untuk Rujukan Sahaja):
LHDN 01/35/42/51/179-6.8522