
Setiap Titis Air yang Mengalir, Menjadi Pahala Jariah Buat Anda
Bantu Pusat Pengajian Ulum Arabiyah Alirkan Sumber Air
Air merupakan sumber asas bagi kehidupan manusia. Mendapatkan sumber air yang bersih serta sistem saluran air yang baik juga menjadi faktor penting bagi individu, keluarga mahupun institusi. Namun begitu adakalanya hal ini tidak dapat dinikmati oleh mereka.
"Air yang sedia ada selalu terputus-putus dan perlahan, jadi kami memerlukan kepada sumber alternatif untuk penggunaan air di pusat pengajian kami" - Mudir
Pusat Pengajian Ulum Arabiyah yang terletak di Kuala Ketil, Kedah merupaka sebuah pusat pengajian agama yang memberi ruang kepada anak-anak yatim, asnaf dan warga emas untuk meperlajari ilmu-ilmu fardu ain.
Pusat pengajian ini telah mengali sebuah perigi namun air di dalam perigi tersebut masih belum dapat dialirkan kepada warga Pusat Pengajian Ulum Arabiyah kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membangunan sebuah sistem saliran air.
Warga emas yang menetap di Pusat Pengajian Ulum Arabiyah
Pertubuhan Ihsan Madani dengan kerjasama Pusat Pengajian Ulum Arabiyah ingin membuka ruang kepada tuan puan di luar sana untuk mengalirkan pahala dengan menghulurkan sumbangan bagi membina sebuah sistem saliran air.
Dana Diperlukan
RM 50,000 Diperlukan
Dana yang disalurkan akan digunakan untuk pembelian barang, kos upah pemasangan & tukang dan juga penyelanggaran.
++
(Pump air berkuasa tinggi, tangki penyimpanan air, paip poly, dan lain-lain)
Pahala Berterusan
InshaAllah sumbangan tuan puan bagi projek ini akan dimanfaatkan kepada penuntut-penuntut ilmu di sini dikalangan anak yatim, warga emas dan asnaf. Setiap air yang mengalir bagi penuntut-penuntut ilmu ini akan menjadi jariah buat tuan puan di akhirat kelak...Aminn
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsan Madani
No akaun : 562209691997 (MAYBANK)
Sila letakkan reference “AIR”
PENGESAHAN: Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung Projek Madani yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.
Tax-Exempt* (Untuk Rujukan Sahaja): LHDN 01/35/42/51/179-6.8522