SAHAM PELABURAN AKHIRAT TELAGA AIR AFRIKA
Bantu Saudara Islam Afrika Kita Peroleh Bekalan Air Bersih
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membeli Telaga al-Rumah (Telaga Uthman) ini dan mewakafkan airnya kepada orang Muslim, dia akan diberi pahala berdasarkan setiap timba air yang disedekahkan itu dan kelak dia akan meminum air di dalam syurga.”
Tahukah Anda?
Seramai 418 juta rakyat Afrika tidak mendapat minuman yang selamat untuk diminum
dan 839 juta tidak memperoleh bekalan air
B
ayangkan Anak Kecil Setiap Hari Terpaksa Berjalan Selama 1 Jam Bersama Mengambil Air Bersih
Bayangkan penduduk pedalaman di Afrika perlu berjalan kaki jauh untuk mendapatkan bekalan air. Kerana kesusahan yang mereka perlu hadapi, banyak pelajar yang ketinggalan pelajaran.
Fakta Krisis Pencemaran Air di Afrika
Di Afrika, kematian berpunca daripada ketiadaan air dan pencemaran air adalah lebih banyak berbanding kematian berpunca oleh peperangan dan bencana alam . Air yang tidak bersih mendorong kepada penyakit Kolera, Kepialu (Thyphoid) dan Hepatitis A yang semuanya menjurus kepada kematian.
Kadar kemiskinan yang tinggi di negara Sub-sahara Afrika menyebabkan akses bekalan air bersih menjadi terhad. Masalah ekonomi dan konflik kerajaan adalah faktor lain rakyat sub-sahara Afrika sukar untuk mendapat bekalan air.
Air Yang Ada Hanya Air Yang Kotor
Sumber Air Yang Kotor dan Terhad
Krisis air yang kotor telah menyebabkan pelbagai penyakit seperti cirit birit, parasit dan keradangan usus yang menghalang kanak-kanak menyerap nutrien utama.
Hal ini membuatkan mereka lebih mudah terdedah kepada permasalahan makanan yang cukup serta mendorong isu kekurangan nutrisi.
Kenapa Wakaf Telaga di Afrika Ini Penting?
1) 418 Juta Rakyat Afrika Hidup Tanpa Air Bersih
Dianggarkan 418 Juta penduduk Afrika tiada akses air bersih! Air yang ada hanya air tercemar dengan patogen serta bakteria yang menyebabkan penyakit kritikal terutamanya dalam kalangan kanak-kanak
2) Kadar Kematian Tertinggi Dalam Kalangan Kanak-Kanak
Mengikut statistik, kadar kematian bagi kanak-kanak di Afrika adalah antara yang tertinggi di dunia! Tahun 2021, Unicef melaporkan 99 daripada 1000 kanak-kanak di Guinea, Afrika akan meninggal dunia sebelum usia mereka mencecah 5 tahun.
Puncanya?
Adalah penyakit-penyakit yang tersebar melalui air yang tercemar selain daripada kekurangan nutrisi.
Hanya Lopak Air yang Ada Untuk Menghilangkan Dahaga,
Inilah Masa Kita Bantu Mereka
Pertubuhan Ihsan Madani dengan kerjasama Yayasan Al-Insaniah berhajat untuk membina telaga di mana kami mensasarkan sebanyak 200 buah telaga, kita akan dapat bekalkan air yang bersih kepada 60,000 penduduk Afrika, sekaligus dapat memberi kualiti hidup dan kesihatan pada mereka.
Justeru, dengan rendah hati kami ingin membuka ruang kepada tuan puan di luar sana untuk mengalirkan pahala dengan menghulurkan sumbangan bagi membina telaga-telaga air ini.
Pahala Berterusan
In Shaa Allah sumbangan tuan puan bagi projek ini akan dimanfaatkan oleh ramai penduduk Afrika yang memerlukan daripada generasi kecil hingga ke tua. Setiap air yang mengalir pada penduduk ini akan menjadi jariah buat tuan puan di akhirat kelak. Aamiin.
**
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsan Madani
No akaun : 562209691997 (MAYBANK)
Sila letakkan reference “Telaga Afrika”