“Sesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”
(Hadis Riwayat Thabrani)
**
Rata-rata pelajar yang menghuni pondok ini adalah daripada keluarga asnaf. Namun begitu tekad pelajar-pelajar di sini mendalami ilmu agama sangat luar biasa meskipun dalam keadaan serba kekurangan.
Permasalahan yang dihadapi pondok ini adalah untuk mendapatkan akses sumber air bersih secara berterusan. Para pelajar terpaksa ke masjid berhampiran untuk mendapatkan air bagi kegunaan harian mereka seperti mandi dan mengambil air wudhu.
Namun, penggunaan mereka sangatlah terhad kerana mereka terpaksa berkongsi dengan orang kampung yang pergi ke masjid.
Sumber air yang digunakan sekarang kurang bersih
Para pelajar mengambil wudhu di masjid kerana ketiadaan air di pondok
Pertubuhan Ihsan Madani dengan CAP gabungan NGO Islam Thailand berhajat dan ingin mengajak para dermawan di luar sana untuk bersama-sama membantu membina sebuah sistem saliran air baru yang dapat dimanfaatkan dengan lebih baik.
Semoga Berkat sumbangan yang anda berika dapat menjadi jariah yang berpanjangan dan mendapat rahmat Allah Aza Wajala
Pahala Berterusan
**
InshaAllah sumbangan tuan puan akan dimanfaatkan kepada pelajar pondok di sini. Setiap air yang mengalir kepada penduduk kampung yang memerlukan akan menjadi jariah buat tuan puan di akhirat kelak...Aminn
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun :
Pertubuhan Ihsan Madani
No akaun :
562209691997
(MAYBANK)
Sila letakkan reference “Sedekah Subuh”
Tax-Exempt* (Untuk Rujukan Sahaja): LHDN 01/35/42/51/179-6.8522
*Sila hubungi untuk maklumat lanjut.