
Wakaf Al-Quran, Iqra dan Buku Agama
Pada Setiap Huruf yang Dibaca, Ada Pahala
Jariah yang Mengalir Kepada Anda
***
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara:
Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau
anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
(HR Muslim No:1631)
“Rasa hiba menyelubungi jiwa apabila saya melihat Iqra dan Al-Quran yang sudah koyak,
tapi ianya masih dibaca oleh 300 anak-anak asnaf yang dahagakan ilmu agama” Ustaz Akmal
“Meskipun mereka belajar dalam keadaan yang serba kekurangan, semangat menuntut ilmu
sentiasa tampak jelas di wajah mereka” Zulfadhli
Bantu 300 Anak-Anak Asnaf Naskah Al-Quran
dan Iqra
Projek
“Bacalah” merupakan usaha sama Pertubuhan Ihsan Madani bersama
Tarbiyatul Nisa untuk membantu anak-anak asnaf di Sabah untuk mendapatkan akses
kepada pendidikan Islam.
Fokus utama projek ini adalah sebagai usaha dakwah di pendalaman bagi membantu menyampaikan pendidikan Islam melalui kelas-kelas pengajian Al-Quran, Iqra dan Fardu Ain.
Faktor kemiskinan dan kekangan kewangan merupakan faktor utama anak-anak asnaf di sini untuk mendapakatkan akses pendidikan Islam yang sebaiknya.
Justeru dengan rendah hati, kami ingin mengajak para insan-insan yang permurah di luar sana untuk sama-sama kita menyokong dan membantu usaha murni ini.
Lokasi Sumbangan Fasa 1:
Madarasah Tarbiyatul Nisa, Kg.Contoh Kota Kinabalu
Jumlah Pelajar: 300 orang
Dana yang Diperlukan: RM20,000.00
Keperluan semasa yang diperlukan: | 1. Iqra 1-6 2. Buku Mari Sembahyang 3. Buku Asas Fardu Ain 4. Al-Quran Al-Karim Al-Mubarak 5. Muqaddam Uthmani 6. Kerusi & Meja Plastik |
Semoga setiap patah huruf yang dibaca dan diulang-ulang menjadi
pahala jariah yang sentisa mengalir kepada kita dalam membantu penuntut
ilmu..Amin ya Rab
Semoga usaha murni kita ini
diberkati Allah SWT dan mendapat rahmatnya.
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer /
CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsan Madani
No akaun : 562209691997 (MAYBANK)
Sila letakkan reference “Baca”
***
PENGESAHAN: Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung Projek Madani yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan,
pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.