1/4 Daripada Populasi Global Sedang Menggunakan Air Minuman Yang Tidak Selamat

Bantu Alirkan Sumber Air Bersih Untuk Maahad Tahfiz Al-Furqan



Daripada Abu Hurairah RA, Sabda Rasulullah SAW; 
“Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah: Ilmu yang diajar, Anak Soleh yang ditinggalkan, Sungai (Air) yang dialirkan untuk kepentingan orang ramai." -HR Ibnu Majah



AIR nadi terpenting untuk semua hidupan dan menjadi khazanah alam yang perlu dipelihara demi survival penduduk dunia.

Tahukah anda?

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 1.4 juta orang mati setiap tahun, manakala 74 juta penduduk global berdepan penyakit berkaitan air, sanitasi dan kebersihan, pada tahun lalu.




"Bukan sahaja kerap mengalami masalah ketiadaan air, tetapi bila ada air yang keluar hanyalah air kotor bercampur tanah."

 - Ustaz Wan -

Pihak Maahad memaklumkan bahawa isu ketiadaan air sangat kerap berlaku di sini dan lebih menyedihkan lagi apabila ada air, air tersebut kotor. Hal ini menyebabkan pelajar Tahfiz terdedah kepada keracunan dan penyakit kulit.



Maahad Tahfiz Al-Furqan terletak di daerah Baling, Kedah merupakan sebuah madrasah yang dibangunkan khusus untuk anak-anak yatim serta fakir, asnaf di kawasan sekitar sejak tahun 2013. Tujuan utama madrasah ini dibangunkan adalah bagi memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah seperti mempelajari ilmu-ilmu agama, menghafal Al-Quran dan sebagainya.



Madrasah ini menempatkan lebih kurang 30 orang pelajar berlatar belakangkan; asnaf dan anak yatim. Permasalahan air yang membelenggu mereka antara cabaran terbesar namun ianya langsung tidak mematahkan semangat para pelajar di sini untuk menuntut ilmu. Terkadang mereka terpaksa menunggu petang hari untuk mandi kerana air terlampau perlahan.

Maahad Tahfiz Al-Furqan amat memerlukan sumber air bersih bagi keperluan pelajar dan warga pendidik di sini. Sumber utama air pada ketika ini hanya bergantung kepada air bukit (boring) yang sangat perlahan, sering terputus dan kotor sekiranya hujan. Pihak madrasah memerlukan telaga dan sistem saliran air, namun begitu usaha ini tidak dapat dijalankan kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi.



Kolah Air Untuk Pelajar Mandi


Usaha Jualan Untuk Menampung Kos Maahad Tahfiz

Pelbagai macam usaha yang dilakukan oleh pihak Tahfiz bertujuan untuk menampung kos operasi dan hajat membina telaga serta sistem saliran air bersih. Antaranya mengusahakan jualan sabun dan bantal. Namun, usaha jualan ini masih belum mampu untuk menampung dana pembinaan yang diperlukan.



Jualan Yang Diusahakan Pihak Tahfiz


Pertubuhan Ihsan Madani dengan kerjasama Maahad Tahfiz dan rakan NGO ingin membuka ruang kepada tuan puan di luar sana untuk mengalirkan pahala dengan mengulurkan sumbangan bagi membina sebuah sistem saliran air bersih kepada warga Maahad Tahfiz Al-Furqan.



 Dana Diperlukan 

RM40K



Dana yang disalurkan akan digunakan untuk pembelian barang, kos upah pemasangan & tukang dan juga penyelanggaran.

++

(Gali Telaga, Pump Air Berkuasa Tinggi, Pembinaan Tangki Simpanan Air,

Penapis Air ,Paip Poly, dan lain-lain)




Pahala Berterusan


In Shaa Allah sumbangan tuan puan bagi projek ini akan dimanfaatkan kepada penuntut-penuntut ilmu di sini dikalangan anak yatim, fakir dan miskin. Setiap air yang mengalir pagi penuntut-penuntut ilmu ini akan menjadi jariah buat tuan puan di akhirat kelak.. Aamiin


Dari Abu Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.


Akaun :  Pertubuhan Ihsan Madani

No akaun :  562209691997 (MAYBANK)

Sila letakkan reference “AIR”

PENGESAHAN: Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung Projek Madani yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.



Tax-Exempt* (Untuk Rujukan Sahaja): LHDN 01/35/42/51/179-6.8522


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Infaq Air (RM150)
Infaq Air (RM100)
Infaq Air (RM50)
Infaq Air (RM30)
Sumbang Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Disclaimer: Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. Google is a Registered Trademark of Google.com. TikTok is a Registered Trademark of TikTok.com. Our website is not affiliated with Facebook.com, Google.com & TikTok.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners.

Privacy Policy: We use Facebook Ads Remarketing, Google AdWords Remarketing & TikTok Ads Remarketing to advertise this website across the Internet. All Ads Remarketing will display relevant ads tailored to you based on what parts of this website you have viewed by placing a cookie on your machine. This cookie does not in anyway identify you or give access to your computer. The cookie is used to say “This person visited this page, so show them ads relating to that page”. Ads Remarketing allows us to tailor our marketing to better suit your needs and only display ads that are relevant to you. If you do not wish to participate in our Ads Remarketing, you can opt out by visiting Ads Preferences Manager.

Untuk makluman: Sebaik anda menjadi penyumbang, anda akan dikira bersetuju untuk menerima sebarang makluman dan notifikasi terkini mengenai projek & aktiviti yang kami jalankan melalui SMS, email atau Whatsapp. Jika ingin berhenti menerima sebarang notifikasi dari kami anda boleh SMS ke 601154216271 atau emailkan ke salam@ihsanmadani.org