Kampung Hujung terletak di Pulau Jambongan, sebuah pulau di pantai utara Sabah dalam daerah Beluran, Bahagian Sandakan. Pulau ini merupakan salah satu pulau terbesar di Sabah dan terletak di Teluk Paitan. Selain Kampung Hujung, terdapat beberapa kampung lain di pulau ini, termasuk Kampung Limau-limau, Kampung Malalin, Kampung Bahanan dan Kampung Babagu.
Perigi ini adalah hasil galian penduduk kampung di sini namun air yang keluar tidak bersih untuk diminum.
Setiap rumah di kampung ini mempunyai beberapa tangki air untuk mereka tadah air bila hujan turun.
Permasalahan yang dihadapi penduduk kampung ini adalah kekurangan sumber air bersih untuk menampung rutin harian mereka. Buat masa sekarang, mereka hanya menggunakan air hasil tadahan hujan untuk membasuh pakaian, pinggan dan sebagainya. Namun begitu, ianya tidak boleh digunakan sebagai air minum.
"Kami terpaksa didihkan air hujan supaya boleh diminum."
Begitulah rintihan salah seorang penduduk kampung di sana mengenangkan betapa susahnya mereka mendapatkan sumber air yang bersih untuk diminum. Lebih malang lagi apabila tiba musim kemarau yang sangat panjang, mereka terpaksa mengehadkan penggunaan air tadahan yang sedia ada.
Setiap rumah di kampung ini mempunyai beberapa tangki air untuk mereka tadah air bila hujan turun.
Semoga Berkat sumbangan yang anda berikan dapat menjadi jariah yang berpanjangan dan mendapat rahmat Allah Aza Wajala.
Dana Diperlukan
RM300K
Dana yang disalurkan akan digunakan untuk penggalian perigi baru yang lebih dalam,
pembelian barang, kos upah pemasangan & tukang dan juga penyelanggaran.
Pahala Berterusan
**
InshaAllah sumbangan tuan puan akan dimanfaatkan kepada penduduk Kampung di sini. Setiap air yang mengalir kepada penduduk kampung yang memerlukan akan menjadi jariah buat tuan puan di akhirat kelak...Aminn
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsan Madani
No akaun : 562209691997 (MAYBANK)
Sila letakkan reference “InfaqAirHujung”
Tax-Exempt Charity LHDN.01/35/42/51/179-6.8522-
Hubungi IM untuk maklumat lanjut