Setiap Titis Air yang Mengalir, Menjadi Pahala Jariah Buat Anda

Bantu Pusat Pengajian Ulum Arabiyah Alirkan Sumber Air Ramadan Ini




Air merupakan sumber asas bagi kehidupan manusia. Mendapatkan sumber air yang bersih serta sistem saluran air yang baik juga menjadi faktor penting bagi individu, keluarga mahupun institusi. Namun begitu adakalanya hal ini tidak dapat dinikmati oleh mereka.


"Air yang sedia ada selalu terputus-putus dan perlahan, jadi kami memerlukan kepada sumber alternatif untuk penggunaan air di pusat pengajian kami" - Mudir




Pusat Pengajian Ulum Arabiyah yang terletak di Kuala Ketil, Kedah merupaka sebuah pusat pengajian agama yang memberi ruang kepada anak-anak yatim, asnaf dan warga emas untuk meperlajari ilmu-ilmu fardu ain.


Pusat pengajian ini telah mengali sebuah perigi namun air di dalam perigi tersebut masih belum dapat dialirkan kepada warga Pusat Pengajian Ulum Arabiyah kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membangunan sebuah sistem saliran air.



Warga emas yang menetap di Pusat Pengajian Ulum Arabiyah



Pertubuhan Ihsan Madani dengan kerjasama Pusat Pengajian Ulum Arabiyah ingin membuka ruang kepada tuan puan di luar sana untuk mengalirkan pahala di bulan Ramadan ini dengan menghulurkan sumbangan bagi membina sebuah sistem saliran air.




Dana Diperlukan

RM 50,000 Diperlukan


Dana yang disalurkan akan digunakan untuk pembelian barang, kos upah pemasangan & tukang dan juga penyelanggaran.

++

(Pump air berkuasa tinggi, tangki penyimpanan air, paip poly, dan lain-lain)





Pahala Berterusan

InshaAllah sumbangan tuan puan bagi projek ini akan dimanfaatkan kepada penuntut-penuntut ilmu di sini dikalangan anak yatim, warga emas dan asnaf. Setiap air yang mengalir pagi penuntut-penuntut ilmu ini akan menjadi jariah buat tuan puan di akhirat kelak...Aminn


Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,
maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya
dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.


Akaun :  Pertubuhan Ihsan Madani

No akaun :  562209691997 (MAYBANK)

Sila letakkan reference “AIR”

PENGESAHAN: Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung Projek Madani yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Infaq Air (RM150)
Infaq Air (RM100)
Infaq Air (RM50)
Infaq Air (RM30)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN