Alirkan Pahala Berpanjangan Seperti Air yang Mengalir
Bantu Warga Pondok Pengajian Raudhatul Walidain Dapatkan Air Bersih
Daripada Abu Hurairah RA, Sabda Rasullullah SAW:
“Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan sebelum mati adalah: Ilmu yang diajar, Anak Soleh yang ditinggalkan, Sungai (Air) yang dialirkan untuk kegunaan orang ramai.” -HR Ibnu Majah
Pondok Pengajian Raudhatul Walidain merupakan pondok yang menempatkan warga emas yang terletak di Kampung Tembak ‘A’ Baling, Kedah. Buat masa sekarang, seramai 30 orang warga emas menghuni pondok ini. Kebanyakan mereka menghabiskan masa dengan pengajian agama di pondok ini.
Antara yang menyentuh hati, penghuni di sini juga terdiri daripada warga emas yang ditinggalkan keluarga, tiada waris dan berbagai lagi latar belakang.
Air Yang Ada Tidak Mencukupi Untuk Kegunaan Harian Penghuni
Permasalahan yang berlaku ketika ini adalah air yang sedia ada tidak mencukupi untuk penghuni pondok yang terdiri daripada warga emas ini melaksanakan aktiviti harian mereka.
Telaga air boring sedia ada tidak dapat menyalurkan keperluan air bersih mencukupi untuk kegunaan harian warga pondok dan ada kalanya terputus disebabkan tekanan yang rendah.
Antara Aktiviti Harian Warga Pondok
Ramadhan Bakal Menjelma
Melihat kepada masalah air yang merupakan keperluan asas manusia, Pertubuhan Ihsan Madani mengambil inisiatif mengajak para dermawan di luar sana untuk bersama-sama membantu warga pondok mendapatkan sumber air yang mencukupi bagi keperluan, tambahan lagi Ramadhan bakal menjelma untuk memastikan keperluan sepanjang Ramadhan nanti.

Serahan Sumbangan Makanan Untuk Warga Pondok
Dana Diperlukan
RM50K
Dana yang disalurkan akan digunakan untuk pembelian barang, kos upah pemasangan & tukang dan juga penyelanggaran.
++
(Gali Telaga, Pump Air Berkuasa Tinggi, Pembinaan Tangki Simpanan Air,
Penapis Air ,Paip Poly, dan lain-lain)
Pahala Berterusan
In Shaa Allah sumbangan tuan puan bagi projek ini akan dimanfaatkan kepada penuntut-penuntut ilmu di sini di kalangan warga emas, anak yatim, fakir dan miskin. Setiap air yang mengalir pagi penuntut-penuntut ilmu ini akan menjadi jariah buat tuan puan di akhirat kelak.. Aamiin
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Nama Akaun: Pertubuhan Ihsan Madani
No Akaun: 5622 0969 1997 (MAYBANK)
Sila Letakkan Reference "AIR"
PENGESAHAN: Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung Komuniti Ihsan yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.