
Ihsan Qurban 2023 - Laksana Ibadah Qurban Anda Bersama Ihsan Madani
"Ibadah Qurban Terlaksana, Manfaat Dikongsi Bersama"
Sabda Rasulullah SAW;
"Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban)." [Riwayat At-Tirmizi: 1493]
Ibadah Qurban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang akan dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu bersamaan 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik bersamaan 11, 12 ,13 Zulhijjah.
Hukum ibadah qurban ke atas umat Islam adalah SUNAT MUAKKAD iaitu sunat yang sangat dituntut bagi orang yang baligh, berakal, merdeka serta berkemampuan untuk melaksanakannya. Maksud berkemampuan ialah orang yang mampu berkorban setelah ada lebihan dari keperluannya untuk dikeluarkan bagi tujuan korban pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik.
Menurut jumhur ulamak, sunat melakukan qurban bagi orang yang mampu dan adalah makruh hukumnya jika orang yang mampu itu tidak melakukan ibadah korban sedangkan ia berkemampuan untuk melakukannya. Sabda Rasulullah SAW.
Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berkorban tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini.
Bersempena Hari Raya Aidiladha (Qurban) ini, Pertubuhan Ihsan Madani dengan kerjasama rakan NGO ingin mengajak para insan di luar sana untuk sama-sama melaksanakan ibadah qurban.
Daging daripada haiwan qurban anda akan diagihkan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di 3 buah negera; Malaysia, Myanmar dan Nepal.
Malaysia
1. Malaysia - Qurban yang terbaik adalah qurban yang dilaksanakan ditempat kita sendiri. Atas dasar itu Ihsan Madani meletakan keutamaan qurban di dalam negera. Daging dari qurban yang anda lakukan akan diagihkan kepada rumah anak yatim, maahad tahfiz, madrasah serta saudara-saudara kita yang memerlukan.
Nepal
1. NEPAL - terletak diwilayah benua Asia Selatan berdekatan dengan pergunungan Himalaya, banjaran yang tertinggi didunia. Penduduk Muslim hanyalah sekitar 4% daripada keseluruhan 27 juta rakyat yang majoritinya beragama Hindu. Rata-rata penduduk Muslim hidup dibawah paras kemiskinan serta kekurangan makanan dan keperluan asas. Pengurusan masjid dan madrasah juga adalah tanggungan komuniti Muslim tanpa bantuan kerajaan Nepal.
Ihsan Madani akan bekerjasama dengan Madrasah Jamiyah Ziaulolum yang terletak di Biratnagar, antara Madrasah yang tertua di Nepal untuk melaksanakan Ibadah Qurban dan Aqiqah di 8 buah perkampungan Muslim disana. Setiap buah kampung mempunyai kira-kira 300 keluarga Muslim dimana ibadah Qurban/Aqiqah yang dilaksanakan akan memberi manfaat kepada lebih 2,400 buah keluarga di sana.
Myanmar
ARAKAN, MYANMAR - pelaksanaan Qurban yang akan dilaksanakan untuk komuniti Muslim Pelarian khususnya Rohingya dan beberapa lagi etnik minoriti muslim yang turut sama menjadi pelarian ketika rumah dan kampung mereka dibakar serta dihalau keluar kampung pada isu pengusiran Rakyat Arakan pada satu ketika dahulu. Ibadah korban bukan sahaja akan disampaikan kepada etnik rohingya yang berada di kem pelarian di bangladesh, malah akan disampaikan di IDP kem di Arakan iaitu beberapa perkampungan di dalam Myanmar yang masih lagi bergolak dan dipantau oleh kerajaan Tentera Myanmar.
.jpg)
Jom sama-sama kita ambil peluang setahun sekali ini untuk melaksanakan ibadah qurban. Semoga dengan ibadah ini Allah SWT menerima amalan kita dan menjadi saham kita di akhirat kelak.
Maksudnya: “Daging dan darah haiwan korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa daripada kamu”. (Surah Al-Hajj: 37)
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsan Madani
No akaun : 562209691997 (MAYBANK)
Sila letakkan reference “Qurban”
Hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami untuk proses pendaftaran:
+60 11-5421 6271