Kampung Tong Batu terletak di Pulau Sakar, berhampiran Lahad Datu, Sabah. Pulau Sakar merupakan sebuah pulau yang didiami oleh hampir 2,000 penduduk yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan. Pulau ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan bot dari tanah besar Lahad Datu.
Walaupun berdekatan dengan pusat pembangunan industri di tanah besar, penduduk Pulau Sakar menghadapi kekurangan infrastruktur asas. Mereka tidak mempunyai bekalan air bersih dan terpaksa membeli air dari bandar dengan harga 50 sen bagi setiap gelen. Selain itu, pulau ini tidak mempunyai jalan raya; perhubungan antara kawasan hanya bergantung kepada jambatan kayu yang usang.
Keadaan kayu yang digunakan untuk menyokong masjid ini kelihatan sangat usang.
Penduduk kampung menghadapi kesulitan kerana satu-satunya masjid di kampung mereka sudah terlalu usang dan semakin uzur. Struktur bangunan yang rapuh menimbulkan kebimbangan, terutama apabila jumlah jemaah yang hadir terlalu ramai, kerana terdapat risiko masjid itu akan roboh. Demi keselamatan dan keselesaan penduduk, masjid ini amat memerlukan pembaikan atau pembinaan semula agar dapat terus menjadi tempat ibadah yang selamat dan selesa untuk semua.
Keadaan Masjid Nurussalam yang berusia lebih daripada 30 tahun dan kelihatan sangat dhaif.
Pertubuhan Ihsan Madani di bawah Projek Ihsanku berhajat dan ingin mengajak para dermawan di luar sana untuk bersama-sama membantu membaikpulih masjid ini yang akan dimanfaatkan oleh seluruh penduduk di Kg Tong Batu dengan lebih baik.
Semoga Berkat sumbangan yang anda berikan dapat menjadi jariah yang berpanjangan dan mendapat rahmat Allah Aza Wajala.
FASA 1 & 2 DALAM PEMBINAAN
Setiap titisan peluh para pekerja di tapak surau ini, ada pahala tuan/puan yang mengalir bersama…
Alhamdulillah, dengan izin Allah dan hasil sumbangan ikhlas tuan/puan, projek baik pulih Surau Kg Tong Batu kini sedang berjalan lancar.
Fasa 1 – Kerja-kerja menukar dan memperkukuhkan tiang penyokong struktur surau sudah bermula. Tiang ini sangat penting kerana ia menjadi asas kekuatan bangunan surau agar lebih kukuh dan selamat untuk digunakan dalam jangka masa panjang.
Fasa 2 – Pada masa yang sama, pembinaan semula tandas, tempat wudhu’ dan tangki air juga sedang dilaksanakan. Ini akan memberi kemudahan yang lebih selesa kepada jemaah, terutamanya penduduk kampung dan anak-anak kecil yang menuntut ilmu di sini.
Setiap doa, setiap solat, setiap bacaan Al-Quran yang berlangsung di surau ini kelak, insyaAllah akan menjadi pahala jariah yang berterusan untuk para penyumbang semua.
Kami amat menghargai sokongan, kepercayaan dan doa tuan/puan. Semoga segala urusan pembinaan dipermudahkan hingga ke akhirnya, dan semoga Allah membalas segala kebaikan ini dengan ganjaran syurga-Nya.
✨ Nantikan update seterusnya daripada kami untuk Fasa 3: Baik Pulih Jambatan – agar lebih ramai jemaah dapat hadir ke surau dengan lebih mudah dan selamat.
Dana Diperlukan
RM150K
Dana yang disalurkan akan digunakan untuk baikpulih struktur masjid sedia ada,
pembelian barang, kos upah pemasangan & tukang dan juga penyelanggaran.
Pahala Berterusan
**
InshaAllah sumbangan tuan puan akan dimanfaatkan kepada penduduk Pondok di sini. Setiap kali masjid ini digunakan oleh penduduk kampung, ianya akan menjadi jariah buat tuan puan di akhirat kelak...Aminn
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsan Madani
No akaun : 562209691997 (MAYBANK)
Sila letakkan reference “infaqmasjidnursalam”