"Ramadan Tanpa Bersedekah Satu Kerugian"
"Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu."
(HR. Al-Timirzi)
I
Isu-isu yang menimpa rumah-rumah jagaan anak yatim asnaf dan pelajar tahfiz bukanlah isu yang bermusim. Tekanan ekonomi semasa sangat memberi kesan dalam menguruskan anak-anak di bawah jagaan mereka.
Saban hari, permintaan kemasukan anak-anak ke rumah ini semakin meningkat pastinya bakal memberi impak kepada pengurusan kewangan. Tapi, atas rasa tanggungjawab dan amanah, kadang-kadang bebanan kewangan itu diabaikan dahulu.
Bantu Ringankan Beban Mereka Ramadan Ini
“Rasulullah adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah melebihi angin yang berhembus.”
(HR. Bukhari)
Justeru atas dasar ihsan dan prihatin bersempena Ramadan kali ini, Program Ihsan Ramadan telah digerakkan oleh Pertubuhan Ihsan Madani dengan kerjasama beberapa NGO bagi menaja juadah berbuka puasa untuk rumah-rumah anak yatim, asnaf dan pelajar tahfiz sepanjang bulan Ramadan.
O
Oleh itu, jangan lepaskan peluang yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan kedatangan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini. Ayuh bersama kami, Pertubuhan Ihsan Madani merealisasikan program ini. Mudah-mudahan berkat usaha ini dapat menjadi bekalan saham kita di akhirat kelak.. Amin ya Rabb
“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”
(HR Muslim)
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsan Madani
No akaun : 562209691997 (MAYBANK)
Sila letakkan reference “ANAK”
PENGESAHAN: Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung Komuniti Ihsan yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.