Bantuan Kecemasan Musim Sejuk Syria & Lubnan

 Khas untuk dermawan yang kasih dengan saudara Muslim 

Lebih 5 JUTA Saudara Kita di Utara Syria & Lubnan Bakal Berdepan Cuaca Sejuk Ekstrim yang Mengancam Nyawa

 Mereka amat menagih bantuan daripada anda sekarang! 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Seorang muslim adalah saudara terhadap muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah akan melaksanakan hajatnya.”  (HR Al Bukhari)





Musim sejuk bukanlah suatu keseronokan buat para pelarian di utara Syria dan Lubnan. Setiap penghujung tahun, ketibaan musim sejuk akan menjadi kerisauan serta mimpi ngeri besar buat mereka. Tidak hanya diuji dengan serangan bersenjata, mereka terpaksa berhadapan dengan kedinginan yang mengancam nyawa.

 MUSIM SEJUK BUKAN LAGI MIMPI NGERI, TAPI REALITI YANG TERPAKSA MEREKA HADAPI 

Musim sejuk yang terpaksa saudara kita hadapi di sana bukanlah seperti keseronokan yang biasa kita tonton di kaca TV. Menghadapi suasana musim sejuk dengan suhu negatif dan ekstrim tanpa persiapan adalah satu tindakan yang boleh mengancam nyawa.

Cuba kita bayangkan? Dalam keadaan suhu yang ekstrim angin yang dingin, mereka tidak mempunyai baju sejuk, selimut tebal, pemanas, bahan bakar, stokin, topi dan keperluan asas yang harus mereka miliki.



 KENAPA PERLU BANTU PELARIAN SYRIA DAN LUBNAN? 

Musim sejuk yang bakal mereka tempuhi ini bukanlah suatu pilihan. Mahu atau tidak inilah realiti yang bakal mereka tempuhi.  Diancam dengan peluru dan bom, kini mereka terpaksa bertarung nyawa dengan kesejukan. Justeru, kita tanyakan pada diri, apa usaha yang mampu kita lakukan untuk membantu mereka? Apa bantuan yang mampu kita hulurkan pada mereka?

Atas dasar tanggungjawab dan kasih sayang sesama insan, Pertubuhan Ihsan Madani dengan kerjasama Syria Care telah menggerakkan Kempen Bantuan Musim Sejuk 12.0 – WinterAid & Warm Their Winter. Melalui kempen ini, disasarkan 75,000 pelarian Syria yang akan dibantu.



 BANTUAN YANG AKAN DISAMPAIKAN 


 Bahan bakar  (birin iaitu hampas zaitun dan minyak diesel)

 Pek makanan sedia dimakan

✅ Winter Aid (Ubat-ubatan)

✅ Pakaian (baju tebal, topi, mafla)

✅ Stoking dan kasut

✅ Alat Pemanas

✅  Selimut tebal


Sasaran Dana Bantuan Musim Sejuk RM1.7 Juta

  

 IHSAN ANDA, SOLIDARITI BUAT MEREKA 

Sumbangan yang dihulurkan bukan hanya dapat membantu pelarian Syria & Lubnan menempuhi musim sejuk, tapi ianya juga mampu menyelamatkan nyawa mereka menempuh ranjau ini.

Ayuh kita menyumbang, kita sampaikan mesej kemanusiaan dan harapan buat saudara-saudara se-Islam kita!

“Sedekah itu tidaklah akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.”  (Hadis Riwayat Muslim : No 4689)



Untuk transaksi bantuan secara manual/ transfer/ CDM boleh bank in ke akaun di bawah.


Akaun :   Pertubuhan Ihsan Madani

No akaun :    5622 0969 1997  (MAYBANK)

Sila letakkan reference “WINTER”


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Baju Sejuk, Bahan Bakar & Makanan 2 Keluarga (RM500)
Warm Their Winter (RM300)
Warm Their Winter (RM150)
Warm Their Winter (RM50)
Warm Their Winter (Seikhlas Hati)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Dari mana tuan/puan mengetahui kempen ini?

BUTIRAN SUMBANGAN