Asrama Berusia 20 Tahun Serba Kekurangan, Punca Pelajar Terkena Penyakit 

Bantu Pulihkan Asrama Pusat Pengajian Ulum Arabiah (Pondok Tahfiz Anak Yatim dan Warga Emas)




Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda: 

“Barangsiapa yang membantu perlengkapan orang yang berjihad di jalan Allah maka sungguh dia juga telah ikut berjihad, dan barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad.” -(HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Zaid bin Khalid Al-Juhani radhiyallahu’anhu)



Pusat Pengajian Ulum Arabiyah merupakan Pusat Pengajian Agama yang menempatkan warga emas, anak-anak yatim serta asnaf untuk menuntut ilmu agama. Anak-anak di Pusat Pengajian ini ditempatkan di sebuah asrama usang yang berusia hampir 20 tahun.


(Keadaan Semasa Karpet Yang Diguna Di Asrama) 


 Keadaan Karpet Menyebabkan Penyakit Kulit 

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, karpet yang digunakan buat masa sekarang sangat usang, berhabuk dan berdebu teruk telah menjadi hamparan para pelajar. Perkara ini menyebabkan beberapa penyakit seperti Kudis Buta, Batuk bahkan Asma telah menimpa para pelajar pondok.



(Keadaan Tempat Tidur dan Almari Pelajar Yang Dhaif)

Tanpa katil dan tilam, para pelajar selesa tidur beralaskan toto. Keadaan almari juga amat dhaif yang mana telah digunakan hampir 7 tahun, dan jika berlaku kerosakan almari, para pelajar sendiri yang perlu paku untuk bagi elok.

 Perancangan Untuk Menambahbaik dan Menukar Ganti Yang Lebih Baik 

(Keadaan Asrama Pusat Pengajian Ulum Arabiah Yang Usang)

Melihat kepada masalah yang begitu serius ini, pihak Ihsan Madani mengambil inisiatif mengajak tuan-tuan dan puan-puan untuk bersama menjayakan kempen Ihsan Jariah baik pulih asrama Pusat Pengajian Ulum Arabiah yang akan melibatkan beberapa tambahan peralatan baru serta penambahbaikan lantai, antaranya:

 FASA 1 - Membaik Pulih dan Menyelenggara Asrama Pelajar 

1. Pembelian Tilam

2. Pembelian Katil

3. Pembelian Almari

4. Penambahbaikan Mozek dan Jubin

5. Pembelian Karpet


Sasaran Kutipan Dana  FASA 1

RM50,000.00


Justeru Pertubuhan Ihsan Madani dengan kerjasama Pusat Pengajian Ulum Arabiah ingin mengajak para dermawan di luar sana untuk sama-sama membantu bagi penambah baikan asrama pondok sekali gus memberikan mereka keselesaan untuk menuntut ilmu.

    Dengan keberkatan anak-anak pelajar yang selesa menghafaz Al-Quran, turut memberi keselesaan kepada anda di titian sirat kelak, seterusnya menjadi saham dan jariah yang berterusan...Amin ya Rabb 

 Ini Adalah Jihad Ilmu 

        “Barangsiapa yang membantu perlengkapan orang yang berjihad di jalan Allah maka sungguh dia juga telah ikut berjihad, dan barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad.” (HR-Muslim)




Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.


Akaun :  Pertubuhan Ihsan Madani

No akaun :  562209691997 (MAYBANK)

Sila letakkan reference “Ilmu”

PENGESAHAN: Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung Komuniti Ihsan yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Sumbangan Dermawan (RM100)
Sumbangan Hartawan (RM50)
Sumbangan Ikhlas (RM30)
Sumbangan Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Dari mana tuan/puan mengetahui kempen ini?

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

Pertubuhan Ihsan Madani
salam@ihsanmadani.org
+601120799097