TABUNG SUSU UNTUK PESAKIT KRONIK

TABUNG SUSU UNTUK PESAKIT KRONIK

“Suami saya perlukan 24 tin susu untuk sebulan.

Saya tak boleh bekerja sebab perlu jaga suami .”

Ini antara rayuan daripada pemohon bantuan Tabung Susu.


Berikut adalah peristiwa yang menjadi pendorong kami untuk menjalankan kempen Tabung Susu untuk pesakit kronik.

1) Sazali Bin Mat Nordin telah mengalami sawan dan bergantung dengan tiub Shiley untuk bernafas dan makan.Sementara menunggu bantuan zakat perubatan diluluskan, dia memerlukan bantuan susu dalam kadar segera.



2) Adik Ariq (17 tahun) mengalami lumpuh seluruh badan disebabkan kemalangan. Adik Ariq bergantung sepenuhnya dengan tiub pemakanan (tiub NSG). Adik Ariq minum  1 tin susu sehari dan 1 tin bernilai RM109.






3) Puan Talani mengalami strok satu badan dan menggunakan tiub pemakanan. Akan tetapi, waris tiada kemampuan untuk membeli susu kerana mereka perlu menanggung 2 orang kakak yang kurang upaya. Kos susu bernilai RM89 satu tin.




Susu khas untuk pesakit strok yang ada penyakit kencing manis



Kami akan hulurkan sumbangan susu ini kepada keluarga pesakit yang berkelayakan.

Team Projek Sehat akan beli susu mengikut keperluan pesakit dan harga susu sekitar RM50-RM150 satu tin.

Semoga setiap titisan susu yang mengalir dalam badan pesakit,  kita semua mendapat saham akhirat. 



Allah SWT berfirman;


“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”

(QS Al Maidah: Ayat 32)




Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.



Akaun :   Pertubuhan Ihsan Madani

No akaun :   562209691997  (MAYBANK)

Sila letakkan reference “Tabung Susu”

 

PENGESAHAN: Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung Projek Madani yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.

Infaq Peralatan Kesihatan Untuk Pesakit Asnaf

Infaq Peralatan Kesihatan Untuk Pesakit Asnaf

Bantu pesakit asnaf mendapatkan peralatan kesihatan yang mereka perlukan. Sumbangan anda boleh mengubah hidup mereka.

RM50,000 terkumpul dari sasaran RM100,000

Jumlah Sumbangan: 200


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Taja 2 tin susu (RM100)
Taja 1 tin susu (rm50)
Sumbangan Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

Pertubuhan Ihsan Madani
salam@ihsanmadani.org
+601120799097