
Sedekah Daging Buat Anak Yatim, Asnaf & Golongan Yang Memerlukan
Sedekah Daging merupakan suatu inisiatif yang ditawarkan kepada orang ramai untuk bersedekah daging kepada saudara-saudara muslim kita yang memerlukan di dalam dan luar negara pada Aidiladha
Hasil sumbangan akan dikumpul untuk membeli seekor lembu, kerbau atau kambing mengikut permintaan lokaliti muslim di negara yang diagihkan
*** Nota: Sedekah Daging adalah pemberian sedekah, bukan Ibadah Qurban***
Justeru, kami ingin mengajak anda semua untuk sama-sama membantu menerusi Kempen Sedekah Daging anjuran Pertubuhan Ihsan Madani.
Memberi Makan Amalan Terbaik Dalam Islam
Daripada Abdullah Ibnu Amru RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Jawab baginda: “Memberi makan dan memberi salam kepada orang kamu kenal serta orang yang kamu tidak kenali.” [HR Bukhari dan Muslim]
Sasaran Sedekah Daging
RM50 X 10,000 Keluarga = RM 500,000
Ini bermakna
RM 500,000
diperlukan bagi menjayakan kempen ini
Sedekah Daging, Kesempatan Beramal Jika Tak Mampu BerQurban
Sedekah itu bukti kita mampu memberi seikhlas hati melepaskan sifat kikir dalam diri. Ibadah Qurban hadir setahun sekali, andai tidak mampu lakukan ibadah Qurban pada tahun ini, ayuh kita laburkan sedikit wang bagi melayakkan kita sedekah daging pada yang sangat mengharapkan ada agihan daging buat mereka tahun ini.
Ihsan Anda Buat Mereka
Dalam rezeki kita, ada rezeki mereka.. Sedekah tidaklah mengurangkan harta, malah ia merupakan harta kita di akhirat kelak.
Mari kita membantu mengikut kemampuan kita dan berikan keceriaan di wajah mereka, In Shaa Allah.
Ihsan Anda, Harapan Mereka!
Kami selitkan doa buat anda (dermawan yang disayangi Allah) agar diberikan ketenangan hati dan dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Aamiin Ya Rabb.
Silakan Tuan/ puan yang budiman. Kita sama-sama sedekah buat mereka yang memerlukan.
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun :
Pertubuhan Ihsan Madani
No akaun :
562209691997
(MAYBANK)
Sila letakkan reference “Sedekah Daging”
PENGESAHAN: Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung Projek Madani yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.