Air Yang Anda Alirkan Ini Akan Dimanfaatkan Oleh Warga Emas

Bantu Warga Pondok Pengajian Raudhathul Walidain Dapatkan Air Bersih





Daripada Abu Hurairah RA, Sabda Rasullullah SAW:

“Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan sebelum mati adalah: Ilmu yang diajar, Anak Soleh yang ditinggalkan, Sungai (Air) yang dialirkan untuk kegunaan orang ramai.” -HR Ibnu Majah



Pondok Pengajian Raudhatul Walidain
merupakan pondok yang menempatkan warga emas yang terletak di Kampung Tembak ‘A’ Baling, Kedah. Buat masa sekarang, seramai 30 orang warga emas menghuni pondok ini. Kebanyakan mereka menghabiskan masa dengan pengajian agama di pondok ini.

Antara yang menyentuh hati, penghuni di sini juga terdiri daripada warga emas yang ditinggalkan keluarga, tiada waris dan berbagai lagi latar belakang.




Air Yang Ada Tidak Mencukupi Untuk Kegunaan Harian Penghuni

Permasalahan yang berlaku ketika ini adalah air yang sedia ada tidak mencukupi untuk penghuni pondok yang terdiri daripada warga emas ini melaksanakan aktiviti harian mereka.

Tambahan pula setiap Sabtu, kuliah perdana anjuran pondok memuatkan seramai 400 orang dari sekitar kampung dan masalah muncul apabila air yang sedia ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah hadirin yang ada.


Kuliah Perdana di Pondok Setiap Hari Sabtu

Tekanan Air Yang Terlampau Rendah


Telaga Boring Sedia Ada di Pondok Untuk Kegunaan Warga Pondok




Telaga air boring sedia ada tidak dapat menyalurkan keperluan air bersih mencukupi untuk kegunaan harian warga pondok dan ada kalanya terputus disebabkan tekanan 
yang rendah. 

Antara Aktiviti Harian Warga Pondok

Ramadhan Bakal Menjelma

Melihat kepada masalah air yang merupakan keperluan asas manusia, Pertubuhan Ihsan Madani mengambil inisiatif mengajak para dermawan di luar sana untuk bersama-sama membantu warga pondok mendapatkan sumber air yang mencukupi bagi keperluan, tambahan lagi Ramadhan bakal menjelma untuk memastikan keperluan sepanjang Ramadhan nanti.


Serahan Sumbangan Makanan Untuk Warga Pondok

 Dana Diperlukan 

RM50K



Dana yang disalurkan akan digunakan untuk pembelian barang, kos upah pemasangan & tukang dan juga penyelanggaran.

++

(Gali Telaga, Pump Air Berkuasa Tinggi, Pembinaan Tangki Simpanan Air,

Penapis Air ,Paip Poly, dan lain-lain)




Pahala Berterusan


In Shaa Allah sumbangan tuan puan bagi projek ini akan dimanfaatkan kepada penuntut-penuntut ilmu di sini di kalangan warga emas, anak yatim, fakir dan miskin. Setiap air yang mengalir pagi penuntut-penuntut ilmu ini akan menjadi jariah buat tuan puan di akhirat kelak.. Aamiin


Dari Abu Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.


Nama Akaun: Pertubuhan Ihsan Madani

No Akaun: 5622 0969 1997 (MAYBANK)

Sila Letakkan Reference "AIR"


PENGESAHAN: Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung Komuniti Ihsan yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Infaq Air (RM150)
Infaq Air (RM100)
Infaq Air (RM50)
Infaq Air (RM30)
Sumbang Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Dari mana tuan/puan mengetahui kempen ini?

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

Pertubuhan Ihsan Madani
salam@ihsanmadani.org
+601120799097