Pondok Darul Ihya merupakan sebuah pondok pengajian yang terletak di Kg. Kekabu, Pasir Mas, Kelantan. Pondok ini didirikan untuk membantu masyarakat di kawasan setempat mereka dan juga di luar untuk sama-sama mendalami agama dan juga untuk menyebarkan agama ke seluruh alam.
Rata-rata pelajar yang menghuni pondok ini adalah daripada golongan asnaf. Namun begitu tekad pelajar-pelajar di sini mendalami ilmu agama sangat luar biasa meskipun dalam keadaan serba kekurangan.
Para pelajar sedang memperdengar bacaan mereka kepada guru mereka.
Permasalahan yang dihadapi pondok ini adalah kekurangan sumber air bersih untuk menampung rutin harian mereka. Saban tahun, bilangan pelajar yang menuntut ilmu di pondok ini semakin bertambah dan jumlah pelajar yang sedia ada hampir mencecah 150 orang.
Buat masa sekarang, pondok tersebut hanya mendapat bekalan air daripada sebuah telaga air boring sahaja dan ianya tidak mencukupi. Di waktu petang, apabila para pelajar menggunakan air secara serentak untuk mandi, mereka terpaksa menunggu untuk waktu yang lama kerana air sangat perlahan.
Warga emas di sekitar kampung tersebut menghadiri kelas percuma yang ditawarkan oleh Pondok Darul Ihya.
Selain daripada itu, pihak Pondok juga mengadakan kelas asas agama dan asas solat secara percuma kepada warga emas di sekitar kawasan kampung. Kelas itu akan diadakan di setiap pagi dan beberapa kali seminggu. Alhamdulillah, kelas itu mendapat sambutan yang baik dengan jumlah warga emas yang sering hadir mencecah lebih kurang 50 orang.
Para pelajar mengambil wudhu dengan air yang perlahan untuk mengelakkan air .
Pertubuhan Ihsan Madani di bawah Projek Ihsanku berhajat dan ingin mengajak para dermawan di luar sana untuk bersama-sama membantu membina sebuah sistem saliran air baru yang dapat dimanfaatkan dengan lebih baik.
Semoga Berkat sumbangan yang anda berikan dapat menjadi jariah yang berpanjangan dan mendapat rahmat Allah Aza Wajala.
Dana Diperlukan
RM50K
Dana yang disalurkan akan digunakan untuk penggalian perigi baru yang lebih dalam,
pembelian barang, kos upah pemasangan & tukang dan juga penyelanggaran.
Pahala Berterusan
**
InshaAllah sumbangan tuan puan akan dimanfaatkan kepada penduduk Pondok di sini. Setiap air yang mengalir kepada pelajar pondok yang memerlukan akan menjadi jariah buat tuan puan di akhirat kelak...Aminn
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsan Madani
No akaun : 562209691997 (MAYBANK)
Sila letakkan reference “InfaqDarulihya”