Setiap Titis Air yang Mengalir, Menjadi Pahala Jariah Buat Anda

Bantu Maahad Nahdatul Syabab Al-Islamiah Alirkan Sumber Air Bersih



Air merupakan sumber asas bagi kehidupan manusia. Mendapatkan sumber air yang bersih serta sistem saluran air yang baik juga menjadi faktor penting bagi individu, keluarga mahupun institusi. Namun begitu adakalanya hal ini tidak dapat dinikmati oleh mereka.






Kami hanya bergantung pada air bukit, sekiranya kemarau air akan putus dan sekiranya hujan air akan kotor. Air di sini hanya cukup untuk pelajar mengambil wuduk sahaja

 - Mudir Madrasah -




Maahad Nahdatul Syabab Al-Islamiah terletak di daerah Narathiwat, Thailand merupaka sebuah madrasah yang dibangunkan kepada pelajar-pelajar Islam Thailand untuk mendalami ilmu-ilmu agama. Madrasah ini dibangunkan atas usaha umat Islam di Selatan Thai memastikan warisan ilmu agama (pengajian kitab) dapat diteruskan oleh generasi yang mendatang.



Madrasah ini menempatkan lebih kurang 2000 orang pelajar yang hadir dengan pelbagai latar; asnaf dan anak yatim. Berada di bawah pemerintahan sebuah kerajaan bukan Islam merupakan salah satu cabaran kepada maahad ini. Namun begitu tekad yang kuat untuk memertabatkan Islam  dengan Ilmu mengatasi segalanya bagi warga pendidik dan pelajar di sini.


Maahad Nahdatul Syabab Al-Islamiah memerlukan sumber air bersih bagi keperluan pelajar dan warga pendidik di sini. Sumber utama air pada ketika ini hanya bergantung kepada air bukit yang sering terputus dan kotor sekiranya hujan. Pihak madrasah memerlukan  telaga dan sistem saliran air, namun begitu usaha ini tidak dapat dijalankan kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi.

Kawasan pondok tempat pelajar menginap dan ruang mand

Pertubuhan Ihsan Madani dengan kerjasama Madrasah dan rakan NGO ingin membuka ruang kepada tuan puan di luar sana untuk mengalirkan pahala dengan mengulurkan sumbangan bagi membina sebuah sistem saliran air bersih kepada warga Madrasah Nahdoh Syabab Al-Islamiah



Dana Diperlukan

RM180K



Dana yang disalurkan akan digunakan untuk pembelian barang, kos upah pemasangan & tukang dan juga penyelanggaran.

++

(Gali Telaga, Pump Air Berkuasa Tinggi, Pembinaan Tangki Simpanan Air,

Penapis Air ,Paip Poly, dan lain-lain)




Pahala Berterusan


InshaAllah sumbangan tuan puan bagi projek ini akan dimanfaatkan kepada penuntut-penuntut ilmu di sini dikalangan anak yatim, warga emas dan asnaf. Setiap air yang mengalir pagi penuntut-penuntut ilmu ini akan menjadi jariah buat tuan puan di akhirat kelak...Aminn


Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.


Akaun :  Pertubuhan Ihsan Madani

No akaun :  562209691997 (MAYBANK)

Sila letakkan reference “AIR”

PENGESAHAN: Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung Projek Madani yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Infaq Air (RM150)
Infaq Air (RM100)
Infaq Air (RM50)
Infaq Air (RM30)
Infaq Air (Seikhlas Hati)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Dari mana tuan/puan mengetahui kempen ini?

BUTIRAN SUMBANGAN