Maahad Tahfiz Darul Isnad wal Ifta' ialah sebuah institusi pendidikan Islam yang terletak di Semporna, Sabah. Institusi ini menawarkan program pengajian tahfiz al-Quran, bertujuan melahirkan generasi huffaz yang berilmu dan berakhlak mulia.
Selain itu, maahad ini juga menekankan pengajaran ilmu-ilmu Islam lain seperti fiqh, hadis, dan bahasa Arab bagi memastikan pelajarnya mendapat pendidikan yang komprehensif.Terdapat lebih kurang 30 orang pelajar yang menimba ilmu di sini dan separuh daripada mereka adalah dari golongan keluarga asnaf. Namun, tekad mereka untuk mendalam ilmu agama tidak pernah berkurang.
Bangunan baru untuk Maahad Tahfiz ini yang sedang dalam pembinaan.
Buat masa sekarang, para pelajar Maahad Tahfiz Darul Isnad wal Ifta' terpaksa menumpang di masjid berdekatan untuk menjalani sesi pembelajaran mereka sementara menunggu pembinaan bangunan baharu maahad disiapkan. Dengan ruang yang terhad dan kemudahan yang kurang mencukupi, tidak menghalang mereka untuk tetap bersemangat menimba ilmu dan menghafaz al-Quran dalam keadaan serba sederhana.
Keadaan ini bukan sahaja menguji ketabahan mereka, malah membuktikan betapa pentingnya pembinaan bangunan baharu bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif. Oleh itu, sokongan dan sumbangan daripada tuan puan yang dermawan adalah amat diperlukan bagi merealisasikan impian mereka untuk memiliki tempat belajar yang lebih baik dan sempurna.
Blueprint dan gambar 3D bangunan baru Ma'ahad Tahfiz Darul Isnad Wal Ifta' yang akan siap nanti.
Bangunan baharu Maahad Tahfiz Darul Isnad wal Ifta' bakal menjadi pusat pembelajaran yang lebih lengkap dan selesa bagi para pelajar dengan kemudahan seperti asrama, kelas pengajian, pejabat pengurusan, serta sebuah surau. Pejabat pengurusan akan memastikan segala urusan pentadbiran berjalan lancar demi kemajuan maahad. Asrama yang disediakan juga akan memberi tempat tinggal yang lebih teratur dan selamat bagi pelajar.
Selain itu, kelas pengajian yang lebih luas dan selesa akan membantu meningkatkan kualiti pembelajaran mereka. Selain itu, surau yang dibina bukan sahaja berfungsi sebagai tempat solat dan pengajian bagi pelajar, tetapi juga dibuka untuk kegunaan penduduk kampung sekitar, sekali gus menjadi pusat ibadah dan komuniti yang mengeratkan hubungan antara maahad dan masyarakat setempat.
Pertubuhan Ihsan Madani di bawah Projek Ihsanku berhajat dan ingin mengajak para dermawan di luar sana untuk bersama-sama membantu memberi sumbangan agar bangunan untuk Ma'ahad Tahfiz Darul Ifta' Wal Isnad ini dapat siap sepenuhnya dan dapat dimanfaatkan oleh penduduk kampung di sekitar kawasan tersebut dan juga lebih ramai lagi pelajar yang akan masuk ke maahad ini.
Semoga Berkat sumbangan yang anda berikan dapat menjadi jariah yang berpanjangan dan mendapat rahmat Allah Aza Wajala.
Projek Pembinaan Ini Sudah
Mencapai 80% Siap
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, projek pembinaan (Ihsan Jariah) Bangunan MTDI berjalan dengan lancar sejak dimulakan pada bulan Mei yang lalu. Fasa 1 yang melibatkan kerja-kerja meratakan dinding dan pemasangan wiring di tingkat bawah telah pun berjaya disempurnakan. Kini, dengan izin-Nya, kerja-kerja telahpun memasuki Fasa 2 dan Fasa 3 iaitu proses pemasangan atap bangunan, dan in sya Allah akan diteruskan dengan pemasangan wiring di tingkat atas pula.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua para pewakaf dan penderma. Berkat sumbangan anda, mahligai ilmu untuk anak-anak tahfiz ini sudah hampir menjadi realiti. Sepertimana yang dapat dilihat, kita hanya memerlukan sedikit sahaja lagi dana untuk sampai ke garisan penamat.
Justeru, kami dengan rendah hati sekali lagi menjemput Tuan Puan untuk menjadi sebahagian daripada fasa terakhir yang paling kritikal ini. Ayuh, kita sama-sama menyempurnakan baki pembinaan ini agar ia dapat digunakan secepat mungkin. Setiap sumbangan anda pada saat ini amatlah berharga untuk memastikan impian kita bersama ini tercapai.
Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan Tuan Puan dengan ganjaran yang berlipat ganda. Amin Ya Rabbal Alamin.
Baki Dana Yang Diperlukan
RM50K
Dana yang disalurkan akan digunakan untuk pembelian barang, kos upah pemasangan & tukang dan juga penyelanggaran.
Pahala Berterusan
**
InshaAllah sumbangan tuan puan akan dimanfaatkan kepada penduduk Maahad Tahfiz di sini. Setiap kali bangunan ini digunakan oleh pelajar maahad ini, ianya akan menjadi jariah buat tuan puan di akhirat kelak...Aminn
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsan Madani
No akaun : 562209691997 (MAYBANK)
Sila letakkan reference “MTDI”