![[Ihsan Relief] Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir 2025 [Ihsan Relief] Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir 2025](https://sumbang.ihsanmadani.org/media/forms/185-crm-banjir2025-1758099415.jpg)
Ini Bantuan Kecemasan! Jumlah Mangsa Banjir Naik Mendadak
Hujan lebat berterusan disertai air pasang besar menyebabkan beberapa daerah di Sabah mula dilanda banjir besar.
Ratusan kediaman musnah, ribuan harta benda tenggelam, dan ratusan keluarga hilang tempat perlindungan. Banjir melanda sekaligus mendorong kepada 2 lagi bencana iaitu tanah runtuh dan kebakaran.
Situasi menjadi semakin genting apabila air naik dengan pantas, menyebabkan ramai mangsa terperangkap, termasuk kanak-kanak, ibu mengandung, dan warga emas yang memerlukan bantuan segera.
Banjir kali ini dijangka memberi impak besar, dengan anggaran kerugian mencecah ratusan ribu ringgit dan risiko kemalangan jiwa yang membimbangkan.
Mengikut laporan media, bilangan mangsa terus meningkat dan kini sudah mencecah 2,500 mangsa (setakat 16 September 2025).
Bencana Banjir Paling Dahsyat Dalam Sejarah Terkini
Tidak dilupakan,
Saudara luar negara kita iaitu di Pakistan juga sedang bergelut dengan impak banjir besar yang berlaku sejak Jun lalu. Hujan monsun lebat dan berpanjangan menyebabkan banjir kilat serta tanah runtuh juga di beberapa daerah.
Hingga ke hari ini, jumlah jumlah korban akibat monsun di Pakistan terus meningkat dan ramai dilaporkan masih hilang, dengan operasi menyelamat giat dijalankan.
Ratusan nyawa terkorban, angka mangsa cedera meningkat, ramai dilaporkan hilang dan ribuan mangsa kehilangan tempat tinggal.
RAYUAN DANA KECEMASAN
Di saat seperti ini, mereka sangat memerlukan sokongan kita.
Bagi meringankan ujian mangsa banjir, Pertubuhan Ihsanku Malaysia dengan beberapa rakan NGO telah melancarkan kempen Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir [Ihsan Relief] untuk membantu saudara-saudara kita yang terkesan di Sabah dan Pakistan.
"
Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan
melepaskan
daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat.
Sesiapa yang
menjadikan urusan orang lain mudah, pasti
Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat" (HR - Muslim)
Sama-sama kita doakan semoga semua yang diuji dengan musibah ini dikurniakan kesabaran dan kekuatan.
Ke Mana Bantuan Banjir Disalurkan?
Dalam negara (Sabah) dan luar negara (Pakistan)
Bagaimana Cara Anda Boleh Menyumbang?
Anda boleh menyumbang dengan pilih pakej di bawah:
➡ Bantuan Kecemasan 1 = RM300
➡ Bantuan Kecemasan 2 = RM100
➡ Bantuan Kecemasan 3 = RM50
➡ Bantuan Kecemasan 4 = RM30
Mudah-mudahan Allah SWT luaskan rezeki dan hadiahkan ladang pahala buat anda yang sudi menyumbang.
Aamiin Ya Rabb.
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsan Madani
No akaun : 5622 0969 1997 (MAYBANK)
Sila letakkan reference “Banjir”