"Peluang Bantu Anak Yatim Ramadan Ini"

Barang siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut." (HR At-Tirmidzi)




 Isu-isu yang menimpa rumah-rumah jagaan anak yatim asnaf dan pelajar tahfiz bukanlah isu yang bermusim. Tekanan ekonomi semasa sangat memberi kesan dalam menguruskan anak-anak di bawah jagaan mereka.


Saban hari, permintaan kemasukan anak-anak ke rumah ini semakin meningkat pastinya bakal memberi impak kepada pengurusan kewangan. Tapi, atas dasar rasa tanggungjawab dan amanah, kadang-kadang bebanan kewangan itu diabaikan dahulu.




"Terkadang kita rasa berat juga bila ada pemohonan baru, dana kita memang tak cukup nak tampung. Tapi ini amanah, saya risau kalau anak-anak ini diabaikan mereka tidak ada orang nak bimbing. Kita pejam mata kejap mata bab dana ni, InShaaAllah kita buat benda baik pasti Allah akan tolong" - En. Rosli


"Pernah kami terputus bekalan makanan, saya cari minta bantuan orang sekeliling. Alhamdulillah, jam 9 malam anak-anak kami dapat berbuka puasa" - Ust. Wan

Mereka galas amanah kita!

 

Bantu Kurangkan Beban Mereka

Justeru atas dasar ihsan dan prihatin, projek AYAH telah digerakkan sebagai inisiatif Komuniti Dakwah Tarbiah dan Pertubuhan Ihsan Madani bagi membantu rumah-rumah anak yatim, asnaf dan pelajar tahfiz memenuhi 3 akses keperluan utama iaitu bantuan makanan, pendidikan dan kesihatan.



Ramadan Adalah Masanya!

Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, apakah sedekah yang paling afdhal? Jawab baginda; sedekah pada bulan Ramadan.

Ayuh kita rebut peluang tingkatkan amal kita di bulan Ramadan ini dengan bersedekah kepada anak yatim.


Sumbangan yang anda hulurkan akan disalurkan:

1. Tajaan berbuka puasa Ramadan

2. Bantuan barang dapur (sepanjang tahun)

3. Kelas mengaji / kelas fardu ain (sepanjang tahun)

4. Projek pembangunan ekonomi rumah anak yatim (sepanjang tahun)

5. Bantuan perubatan dan pemeriksaan kesihatan berkala (sepanjang tahun)




6 Buah Rumah yang Akan Dibantu

Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Sg Buloh, Selangor

          Rumah Anak Yatim Nur Hidayah, Kuala Lumpur

   Rumah Anak Yatim Raudhatul Jannah, Olak Lempit, Banting, Selangor

Rumah Anak Yatim Miskin Muhammad Al-Fateh, Bangi Lama, Selangor

Rumah Anak Yatim & Asnaf Teratak Ummi, Taman Melewar, Bt Caves, Selangor

Rumah Anak Yatim Sinar Kasih Darul Aitam


Anggaran Perbelanjaan Keperluan Rumah Anak Yatim:

1 Rumah = RM10,000 / bulan

RM10,000 X 6 = RM60,000 / bulan

RM60,000 x 12 Bulan = RM720,000




Kami ingin mengajak tuan puan yang dermawan untuk sama-sama kita merealisasikan usaha murni ini. Mudah-mudahan berkat usaha ini dapat menjadi bekalan dan juga saham kita di akhirat kelak... Aamiin ya Rabb


“Sedekah itu tidaklah akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain,   melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.” 
(HR Muslim : No 4689)



Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.


Akaun :   Pertubuhan Ihsan Madani

No akaun :    562209691997  (MAYBANK)

Sila letakkan reference “AYAH”

PENGESAHAN:  Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung Projek Madani yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.




Nombor Pelepasan Cukai* (Untuk Rujukan Sahaja): 

GN 3425-25.07.1988


*Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Sumbangan Dermawan (RM100)
Sedekah & Infaq Ramadan Diniatkan Untuk: Allahyarham Maszlan Bin Samad
Infaq Kebajikan Anak Yatim
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Dari mana tuan/puan mengetahui kempen ini?

BUTIRAN SUMBANGAN