**
Wakaf Telaga Afrika
Sumber Air Untuk Mereka, Sumber Pahala Untuk Anda
FAKTA: Tahukah Anda?
Seramai 418 juta rakyat Afrika tidak mendapat minuman yang selamat untuk diminum
dan 839 juta tidak memperoleh bekalan air
**
Bayangkan... Setiap hari, ribuan keluarga muslim di pedalaman Afrika berjalan berkilometer jauhnya hanya untuk mendapatkan setitis air bersih.
Mereka terpaksa menggunakan air kotor dari sungai dan lopak yang tercemar, mengancam nyawa anak-anak mereka dengan penyakit berbahaya seperti kolera cirit-birit dan pelbagai lagi penyakit bawaan air.
Mereka tidak punya pilihan =(
Tetapi, anda boleh mengubah segalanya.
Dengan Wakaf Telaga Air Afrika, anda membawa kehidupan baru!
Pertubuhan Ihsan Madani dengan usahasama NGO Muslim di Afrika telah menggerakkan Projek Water4Life untuk membantu saudara-saudara Muslim kita di Afrika untuk mendapatkan sumber air bersih bagi kegunaan harian dan beribadah mereka.
Projek ini akan dilaksanakan di negara Uganda, Kenya, Tanzania, Chad, Mali, Benin, Zimbabwe
Kisah Inpirasi Daripada Hadis Nabi
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membeli Telaga al-Rumah (Telaga Uthman) ini dan mewakafkan airnya kepada orang Muslim, dia akan diberi pahala berdasarkan setiap timba air yang disedekahkan itu dan kelak dia akan meminum air di dalam syurga.”
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
“Sedekah terbaik adalah memberi air.” – Hadis Riwayat Ahmad
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsan Madani
No akaun : 562209691997 (MAYBANK)
Sila letakkan reference “Telaga Afrika”