ADIK ARIQ PERLUKAN BANTUAN PERUBATAN UNTUK TERUSKAN HIDUP

Takdir Allah Tiada Siapa Yang Dapat Menjangka, Tiada Siapa Yang Dapat Mengetahui Hari Esok Apa Yang Bakal Berlaku.
Begitulah kisah Adik 'Ariq, tiada siapa menduga, dunia seorang remaja berubah sekelip mata selepas terbabit dengan kemalangan pada 2021 lalu. Adik Ahmad 'Ariq Rafif, 17, kini hanya mampu terlantar di atas katil dan minum susu khas menerusi perut yang ditebuk.
Adik 'Ariq: Sebelum dan Kini Selepas Kemalangan
Akibat tragedi malang itu, Adik 'Ariq terlantar koma dan telah disahkan mengalami kecederaan serius pada otak sekaligus kini menjadikannya tidak berdaya seperti remaja lain.
Situasi yang dialami menyebabkan Adik 'Ariq memerlukan rawatan perubatan susulan bagi memastikan keadaannya terkawal daripada segi fizikal dan mental. Detik meruntung jiwa dilalui Adik 'Ariq setelah dia sedar dari koma.
Tidak pernah terbayang di benak fikirannya dia tidak lagi sesempurna seperti dahulu lagi. Kini dia tidak boleh berjalan, terbaring, dijaga seperti seorang bayi oleh ibu tercintanya.
Besar dugaan Adik 'Ariq ni, tetapi takdir Allah siapa yang tahu?
Mungkin ada ganjaran besar dan peluang untuk kita sesama manusia membantu..
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)
Tidak Dapat Dinafikan, Kos Perubatan Pesakit Merupakan Antara Kos Yang Tertinggi
Tahukah anda? Akses kepada kesihatan dan perubatan merupakan satu keperluan bagi setiap individu. Namun begitu, ia tidak dapat dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat dek kerana kekangan kewangan.
Tidak semua golongan mampu untuk menanggung kos perubatan apabila berlaku sesuatu yang tak diingini terutamanya golongan asnaf dan B40.
"Saya redha dengan ujian ini walaupun tak dapat dinafikan, besar cabarannya. Kami perlu membawa 'Ariq ke hospital untuk rawatan susulan dan juga bagi penukaran tiub setiap 6 minggu.." - bapa Adik 'Ariq
Bapa Adik 'Ariq juga mengakui perbelanjaan rawatan untuk menjaga anaknya yang terlantar amat tinggi terutamanya kos susu khas dan juga lampin pakai buang.
Susu Khas Yang Diperlukan Adik 'Ariq (Sehari 1 Tin) & Lampin 1 Pek Bertahan 2 Hari
Susu Khas Menjadi Penyambung Hayat, Minum Setiap 3 Jam
Adik 'Ariq diuji lumpuh seluruh badan.. Terbaring di atas katil sewaktu remaja sesusianya pergi ke sekolah. Sepenuh hidup terpaksa bergantung kepada ibu dan bapanya. Tidak dapat makan dan minum seperti biasa. Kini susu khas menjadi penyambung hayat, yang diberi melalui tiub hidung.
Tambahan, semestinya lampin pakai buang menjadi keperluan mendesak kerana Adik 'Ariq hanya mampu terbaring sahaja.
Butiran Pecahan Kos Keperluan Adik 'Ariq
1) SUSU KHAS = RM 3,400/ bulan
2) LAMPIN PAKAI BUANG = RM 300/ bulan
JUMLAH KESELURUHAN = RM 3,700/ bulan
Allah SWT berfirman;
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS Al Maidah: Ayat 32)
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer /
CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Akaun : Pertubuhan Ihsan Madani
No akaun : 562209691997 (MAYBANK)
Sila letakkan reference “Adik Ariq”
PENGESAHAN: Sumbangan anda akan dimasukan ke
dalam tabung Projek Madani yang akan disalurkan kepada projek-projek kebajikan,
pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.